The 5 AM Club Kuasai Waktu Pagi.
Sebelum ni abam baca versi Inggeris, alang-alang PTS dah terbitkan dalam versi Melayu, terus abam dapatkan dan baca. .
.
Buku ni adalah buku fiksyen dengan gaya penceritaan yang santai berkenaan kelebihan waktu pagi. Ada beberapak watak yang diperkenalkan. Ada mentor dan 2 watak yang cuba mengubah diri mereka untuk bangun awal pagi dan meraih kejayaan. .Memang sebelum ni abam ada baca beberapa buah buku berkaitan kelebihan bangun awal pagi. Antaranya buku Bangun Pagi-pagi Berkat Sepanjang Hari dan buku Hebatnya Bangun Awal Pagi. .Dua buah buku ni memang dihuraikan dari sudut pandang agama Islam dan hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W.
.
Dari buku-buku tersebut membawa abam ke buku The 5 AM Club. Baca versi Melayu ni agak lebih santai mungkin disebabkan bahasa ibunda sendiri kan. Buku ni bukan setakat cerita pasal bangun awal pagi je, tapi apa yang perlu dilakukan bila dah bangun awal pagi tu.
.
Disinilah diperkenalkan Formula 20/20/20. .
Formula 20/20/20 antara Jam 5:00 – 6:00 pagi tu adalah waktu yang sangat bernilai untuk kita manfaatkan. Bukan bangun duk scroll media sosial atau buat benda yang tak bernilai.
Setiap 20 minit dibahagi kepada:
1. Bergerak (Move) (5:00 – 5:20) – Senaman (berpeluh untuk keluarkan kortisol)
2. Muhasabah (Reflect) (5:20 – 5:40) – Renungan, jurnal, meditas(kita sebagai Islam boleh buat Solat Sunat Tahajud dan lain-lain), bersyukur
3. Matang (Grow) (5:40 – 6:00) – Belajar sesuatu (baca buku, podcast, kursus)
.
Dalam buku ni juga diperkenalkan 4 Empayar Dalaman
(The 4 Interior Empires). .Robin Sharma dia tekankan bahawa kejayaan bukan hanya tentang mindset, tetapi 4 aspek ni:
1. Pola Minda (Psikologi)– Pemikiran dan kepercayaan
2. Pola Hati (Emosi) – Emosi dan penyembuhan hati
3. Pola Sihat (Fizikal) – Kesihatan fizikal
4. Pola Roh (Kerohanian) – Jiwa dan spiritualiti
.
Macam biasa la, membaca buku-buku begini kena tapis juga la, apa yang sesuai dan apa yang tak sesuai berlandaskan dan berpandukan agama kita. .Dalam Islam sendiri banyak dianjurkan dan diajar supaya bangun awal pagi dan kelebihan bangun awal pagi.











0 Comments