Ulasan Buku : Aku Dan Duniaku – Helen Keller
“Jauh lebih baik berlayar selamanya di malam kebutaan, tetapi mempunyai perasaan dan fikiran, daripada hanya berpuas diri dengan kemampuan untuk melihat semata”.
-Helen Keller.
Buku ini adalah terjemahan dari naskhah asal bahasa Inggeris tulisan Helen Keller yang bertajuk The Wolrd I Live In.
.
Kisah Helen Keller adalah sebuah kisah yang tidak asing lagi bagi mereka yang mengenali beliau. Ini adalah kisah benar tentang diri beliau yang beliau tulis sebagai seorang yang pekak dan buta.
.
Biasanya kita hanya mengetahui tentang orang yang buta dan bisu, atau pekak dan bisu. Tetapi tidak bagi Helen Keller, beliau hilang dua pancaindera yang sangat bernilai dalam hidup beliau. Bayangkan seorang yang buta tidak dapat melihat, dan dalam masa yang sama pekak tidak dapat mendengar sesuatu apa pun. Dunia hanya gelap dan sunyi. Bagaimana untuk berkomunikasi? Cuba anda tutup mata dan tutup telinga. Bayangkan keadaan sedemikian.
.
Helen Keller adalah seorang perempuan yang lahir pada 27 Jun 1880 di Tuscumbia, sebuah kota kecil di barat laut Alabama, Amerika Syarikat. Sewaktu dilahirkan, Helen adalah seperti bayi normal lain. Tetapi semasa umur beliau 19 bulan satu penyakit telah menimpa diri Helen sehingga mengubah hidup beliau menjadi seorang yang buta dan pekak. Dua pancainderanya gagal berfungsi iaitu penglihatan dan pendengaran.
.
Ayahnya sehingga hampir putus asa dengan keadaan yang dialami oleh Helen. Mereka boleh dikatakan orang yang berada. Suatu hari ibunya mencari seorang guru untuk mengajarnya cara untuk berkomunikasi. Anne Sullivan adalah guru yang mengajarnya sehingga Helen mampu meningkatkan daya komunikasinya. Bukan mudah bagi Anne Sullivan untuk mengajar Helen, pelbagai halangan ditempuhi. Ada ketika, Anne Sullivan dipukul oleh Helen, dicakar dan bermacam lagi perbuatan yang mencabar kesabaran seorang guru. Tetapi Anne Sullivan tetap yakin dan terus berusaha untuk mengubah keadaan Helen.
.
Anne Sullivan percaya, yang Helen mempunya otak yang cerdas dan cepat belajar. Walaupun Helen kehilangan penglihatan dan pendengaran, tetapi akalnya masih berfungsi seperti manusia lain, cuma beliau berada didalam dunianya tersendiri. Didalam buku ini, Helen menceritakan tentang dunianya yang sangat berbeza dari manusia normal lain. Pancaindera ciuman, perabaan, dan rasa begitu kuat, sehingga beliau dapat mengenali setiap bau, garis lurus, garis lekuk dan gelombang sesuatu yang berlaku.
.
Helen dapat mengenali sesuatu dengan sentuhan, deria sentuhan yang sangat kuat, sehingga beliau mengetahui tentang sesuatu benda. Perkara pertama yang beliau berjaya pelajari adalah perkataan ‘Water’. Helen juga dapat merasakan gelombang yang terhasil dan mengenalinya samada buku terjatuh ke lantai, hari akan hujan dan sebagainya. Helen ada seekor anjing yang sangat disayanginya.
.
Pada tahun 1900, Helen Keller menjadi mahasiswi pertama yang pekak-buta di Radcliffe College. Kemudian beliau berjaya mendapat diploma pada tahun 1904 yang mana belum pernah orang seperti beliau memperoleh diploma.
.
Buku ini dihasilkan adalah untuk menceritakan tentang sisi dunianya yang sangat berbeza agar dapat difahami oleh orang normal yang ingin mendekati golongan seperti beliau.
.
Ada satu buku tulisan beliau yang paling laris sehingga diterjemahkan ke dalam lebih 50 bahasa iaitu “The Story Of My Life”.
.
Bukan semua orang yang pekak-buta itu tiada harapan untuk hidup, tapi mereka mempunyai otak dan akal yang normal seperti manusia lain. Jangan cepat berputus asa, usaha yang berterusan untuk berjaya, kisah Helen Keller mungkin boleh menjadi inspirasi.
.
.
Abam Buku
0 Comments