Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku : Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes Dan Hidup





Ini bukan buku sekadar baca tutup dan simpan, tapi ini adalah sebuah buku 'handbook' atau buku panduan yang wajib dimiliki. Buku yang perlu dibaca, ditekuni dan diamalkan oleh bukan sahaja pemilik bisnes tetapi oleh orang yang menjadi pemimpin bagi organisasi.

Pernah tak bila anda berada dalam mesyuarat kemudian anda diminta untuk berikan idea, tetapi idea anda dipangkah atau ditolak oleh ketua anda?

Pernah tak idea-idea anda tidak pernah dihargai oleh ketua anda? Atau Ketua sendiri berhadapan anak buah yang malu atau tidak mampu memberikan idea? Kekal dengan tabiat mesyuarat yang lama.

Pernah tak anda ada idea, kemudian anda biarkan idea-idea anda itu berlalu seperti air sungai tanpa anda mencatatnya? Kerana anda berfikir idea tersebut tidak logik.

Buku ini penuh dengan jawapannya. Abam boleh katakan buku ini sangat-sangat membantu anda untuk mencipta peluang melalui berfikir secara kreatif. Seperti kata penulis, kalau tunggu untuk rebut peluang memang agak letih dan memenatkan berbanding orang yang mencipta peluang. Satu peluang untuk direbut oleh ramai orang berbanding cipta peluang untuk ramai orang.

Banyak perkara baharu yang abam pelajari dari buku ini. Antaranya menguruskan lambakan idea menggunakan kaedah Amalan KJ (Kawakita Jiro), Kaedah berfikir menggunakan 6 Topi Berfikir. Kemahiran berfikir kreatif menggunakan model Kano dan lain-lain lagi.

Waktu sekarang adalah masa yang sesuai untuk anda membacanya, ciptalah peluang itu dalam hidup anda.

Buku yang ditulis oleh dua orang penulis yang tidak asing lagi iaitu Tuan Zamri Mohamad dan Puan Ainon Mohd.

"Fikirkan idea-idea yang sekarang ini masih tidak masuk akal. Inilah cara kita berlatih menajamkan akal kreatif kita".
~Ainon Mohd~.

Buku ni Abam conteng sebagai tindak balas pembacaan aktif, sebab buku ni suruh tulis refleksi.
.
.

Post a Comment

0 Comments