Bagi sesetengah orang, membeli buku terpakai menjadi satu hobi atau cara mereka menghargai sesebuah buku. Kolektor buku biasanya berminat dengan buku-buku terpakai. Ada beberapa sebab kenapa buku-buku terpakai menjadi pilihan oleh golongan pembaca seperti ini.
#1 Harganya Yang Lebih Murah
Membeli buku-buku terpakai dapat menjimatkan wang anda. Disamping itu, anda boleh membeli buku-buku terpakai dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan koleksi bahan bacaan anda.
#2 Membaca Lebih Banyak Buku
Kini anda boleh membaca dengan lebih banyak apabila anda membeli buku terpakai dengan harga murah dan menjimatkan. Disamping itu, anda boleh menambah koleksi tersebut di rak buku perpustakaan anda.
#3 Mempunyai Nilai Sentimental
Buku-buku terpakai mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. Ada buku terpakai yang mempunyai catatan individu yang membacanya, ada buku terpakai yang mempunyai tandatangan seseorang yang terkenal atau tokoh tertentu yang sudah tentu mempunyai nilai bagi pembaca yang suka mengumpulkan buku-buku.
#4 Membantu menjaga Alam Sekitar
Pembelian buku-buku terpakai dapat membantu menjaga dan memelihara alam sekitar. Ini kerana, masih terdapat buku-buku terpakai yang masih baik keadaannya. Cuma ianya berpindah milik kepada pembaca baharu.
#5 Memiliki Koleksi Buku Yang Sudah Tidak Diterbitkan Lagi
Apabila anda membeli buku-buku terpakai, barangkali ada buku-buku yang sudah tidak diterbitkan lagi oleh penerbitnya. Anda bertuah kerana memilik buku tersebut dan mungkin buku tersebut bernilai tinggi pada masa akan datang.
Telegram Buku Terpakai :
1) Buku Terpakai - Legasi Buku
https://t.me/legasibuku
2) Laman Buku
https://t.me/TemanBuku
0 Comments