Ticker

6/recent/ticker-posts

Rezeki Dapat Buku Dan Pendidikan




Alhamdulillah, rezeki, dapat juga buku ni akhirnya. Tulisan Prof Shaharom TM Sulaiman. Sebenarnya sudah lama Abam mencari buku ini. Agak susah nak dapatkan. 
Buku ni Abam beli dari anak beliau sendiri setelah diberitahu oleh Cheklim kedai buku terpakai. Tak sangka pula Tn Hj Shaharom pun kenal abam. .hahaha (mood perasan).


Ada satu kisah berkenaan penemu kertas pertama dunia iaitu Ts'ai Lun. Sebelum ini kertas diperbuat daripada papirus, kulit kambing dan sebagainya, tetapi Ts'ailun membuat kertas daripada kayu Malberi. Hasil penemuannya dipersembahkan kepada Raja Ho Ti. Beliau dinaikkan pangkat yang mana akhirnya beliau bergelar bangsawan. Kertas yang beliau jumpai ni senang ditulis, dan senang dilipat.


Ts'ai Lun akhirnya membunuh diri. Kenapa? Ada la sedikit pergolakan dalam kalangan bangsawan dan musuh elit yang tak berapa suka dengan Ts'ai Lun ni. Nama Ts'ai Lun berada pada kedudukan ke 7 didalam buku tulisan Michael Hart (The Hundred Most Influential Person in History). Nama pada kedudukan pertama adalah Nabi Muhammad SAW, kedua hingga keenam ialah Issac Newton, Nabi Isa, Buddha, Konfucius dan St. Paul.


#catatanbukuwan
#abambuku

Post a Comment

0 Comments