Ticker

6/recent/ticker-posts

Tengku Menteri : Penghayatan Perjuangan Seorang Tokoh Usahawan Melayu Berjaya




Tengku Menteri : Penghayatan Perjuangan Seorang Tokoh Usahawan Melayu Berjaya.


Bulan Ogos dan Kemerdekaan ni abam merancang untuk membaca buku ini bagi mengambil semangat keusahawanan dan perjuangan seorang tokoh korporat bijih timah Melayu terulung iaitu Long Jaafar dan Ngah Ibrahim pengasas Taiping.


Apa yang menarik tentang novel fiksyen sejarah ini ialah, penghasilannya adalah berdasarkan fakta sejarah dan diolah dengan kreatif oleh Dr Talib Samat. Mungkin sewaktu di bangku sekolah dahulu ceritanya hanyalah sekadar cerita ringkas sebagai pengenalan yang menceritakan tentang penentangannya terhadap British dan pembunuhan J.W.W. Birch.


Novel ini mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan sepenuhnya iaitu dari tahun 1997-2003. Novel ini berjaya disiapkan sepenuhnya setelah melalui proses editorial pada bulan Ogos 2003 berkebetulan dengan bulan kemerdekaan tanah air. Tidak ada penerbit yang betul-betul berminat untuk menerbitkan novel ini kerana tebal dan tidak berunsur komersil.


Dr Talib Samat berjaya merakamkan segala peristiwa sejarah dengan terperincin dan jelas, sangat berhati-hati memuat dan mengolah fakta. Perkembangan alur ceritanya mudah ditelusuri. Novel ini adalah percubaan Dr Talib Samat yang ingin menghidupkan peristiwa sejarah yang sering dianggap bahan mati untuk dijadikan sebagai bahan hidup. Novel ini dihasilkan demi menghidupkan semula jati diri bangsa Melayu untuk menghadapi ancaman globalisasi serta meniupkan semangat patriotism dan nasionalisme di jiwa pembaca.


Perjuangan Ngah Ibrahim sebagai tokoh korporat Bijih Timah yang berjaya pada suatu ketika dahulu tidak patut dilupakan kerana ia menjadi sebuah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajahan Inggeris dan kongsi gelap cina yang tidak senang dengan Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim dikatakan mempunyai sebuah kapal wap SS Bahtera Bayu yang ditempah dari England dan dikatakan lebih besar dari kapal Pluto. Banyak lagi sebenarnya cerita menarik tentang Tengku Menteri Ngah Ibrahim.


Tengku Menteri Ngah Ibrahim adalah orang pertama yang mendapat gelaran ‘Tengku Menteri’ yang telah dikurniakan oleh Sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Jaafar Muazzam Shah kepadanya. Tengku Menteri Ngah Ibrahim hidup sekitar abad ke 19 (antara tahun 1836 – 1895). Beliau telah dibuang negeri setelah menentang Perjanjian Pangkor dan terlibat dalam merancangan dan membiayai pembunuhan J.W.W. Birch. Beliau di buang negeri ke Pulau Seychelles dan rayuan beliau untuk pulang ke Perak telah ditolak oleh pihak Inggeris. Akhirnya beliau dipindahkan ke Singapuran dan meninggal dunia disana.


Pusara beliau telah dijumpai dan dibawa balik ke Perak hasil usaha Datuk Dr. Wan Mohd Isa Wan Ahmad (Orang Besar Jajahan Larut, Matang, Selama dan Taiping) dan Prof Dr. Othman Yatim (Pensyarah Universiti Malaya).


Bagi yang belum pernah membaca novel ini, novel ini sangat ‘berisi’ bagi mengisi semangat perjuangan bangsa Melayu. Sekadar itu pengenalan berkenaan novel ini yang sempat abam belek-belek kata pengantar, beberapa halamannya beserta rujukan buku Travelog Pencinta Buku.


Kalau ada yang berminat dengan buku ni, Abam ada lebih stok buku ni. Agak susah nak cari.

.

#abambuku

#coretanabambuku

#maansbookstore

Post a Comment

0 Comments