Ticker

6/recent/ticker-posts

Ulasan Buku #2 : Anak Lelaki Kool Dan Hebat




    Buku ini ditulis oleh Jamilah Samian seorang Trainer Profesional Terlatih yang ditauliahkan oleh Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berpengalaman mengendalikan seminar merangkumi topic pendidikan, Keibu-bapaan dan lain-lain. Buku ini adalah hasil kajian terperinci beliau dan telah menemuramah ramai ibu bapa, guru dan remaja lelaki bagi mendapatkan output yang maksimum.

    Selain itu, beliau juga berbincang dengan beberapa pakar motivasi yang berpengalaman sekian lama berurusan dan menangani masalah ribuan anak lelaki.
Kandungan buku ini salah satunya membincangkan tentang penglibatan ibu bapa dan pengaruh keduanya terhadap anak lelaki. Begitu juga dengan anak perempuan. Selain itu, buku ini juga membahaskan tentang proses peningkatan dan penurunan motivasi dikalangan anak lelaki. Anak lelaki yang kool dan hebat mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Bagi meningkatkan dan mengekalkan tahap motivasi yang tinggi dikalangan anak lelaki supaya menjadi hebat adalah bergantung kepada sejauh mana keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh kedua ibu bapa kepadanya.


    Penulis memulakan cerita dengan kisah kehebatan anak lelaki, sebagai contoh penulis mengambil kisah seorang penulis buku termasyhur My Left Foot yang ditulis oleh Christy Brown. Christy Brown adalah seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami palsi serebrum sewaktu kecilnya. Ketika beliau bayi, doktor memberitahu ibu bapanya bahawa masa depannya gelap kerana teruknya kecacatan otak yang dialami oleh beliau. Tetapi ibunya membantah dan berkata “ hanya badan anak saya yang tidak berfungsi, bukan mindanya”. Satu-satunya bahagian badan yang boleh digerakkan oleh Christy Brown adalah kaki kirinya. Suatu hari, dengan kaki kiri itulah beliau mencapai sebatang kapur dan menconteng lantai, sejak hari itulah ibunya berazam untuk mula melatihnya membaca dan menulis. Pada umur 12 tahun beliau telah memenangi pertandingan lukisan kanak-kanak. Beliau mencipta sejarah sebagai penulis, penyajak dan pelukis tersohor ketika itu.


    Kisah kedua adalah kisah seorang lelaki buta yang berjaya mendaki Gunung Everest, iaitu Erik Weihenmayer. Sewaktu beliau kecil, beliau berasa kecewa dengan kecacatan yang dialami oleh beliau, tetapi bapanya yang telah memberikan semnagat kepada beliau dengan menyoal dirinya apa yang boleh dan tidak boleh beliau lakukan. Bapanya telah menghantar beliau ke sekolah mendaki batu bagi orang-orang cacat penglihatan.

    Didalam buku ini juga, penulis telah menerangkan tentang cara bagi seorang ibu dan bapa untuk berkomunikasi secara efektif dengan anak lelaki. Disamping itu, penulis memberi cara dan nasihat agar diterapkan sikap bertanggungjawab kepada anak lelaki. Penulis juga menjelaskan cara menangani soalan “jadi kenapa?” yang sering diajukan oleh anak lelaki.
Penulis juga menerangkan tentang keistimewaan menjadi ibu dan bapa. Disamping itu, pendedahan terhadap pendidikan seks yang perlu diterapkan kepada anak lekaki tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Bahagian teakhir buku ini adalah berkisar tentang keadaan dan suasana rumah, ini termasuk pergaulan dan komunikasi bagi ibu dan bapa tunggal, ibu dan bapa tiri terhadap anak lelaki.

    Jika hendak dihuraikan satu persatu tentang buku ini amatlah banyak sekali. Buku ini sangat bagus dibaca oleh semua ibu bapa, guru, doktor dan masyarakat. Segala kaedah yang dikemukakan didalam buku ini hanya dapat dicapai hasilnya sekiranya ibu bapa, guru mampu melaksanakannya, ini kerana buku ini adalah bersandarkan kepada kajian-kajian dikalangan ibu bapa, anak lelaki, guru dan pakar-pakar yang ditemubual.


Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan dan pengajaran yang dapat dihuraikan daripada buku ini ialah :
  1. Sikap keyakinan diri yang perlu diterapkan oleh ibu bapa kedalam diri anak lelaki.
  2. Memberikan kepercayaan kepada anak lelaki dan dalam masa yang sama memantau kepercayaan yang diberikan tanpa perasaan ragu dan prejudis.
  3. Setiap anak lelaki mahupun perempuan mempunyai kelebihan masing-masing, sebagai ibu dan bapa perlu menaikkan motivasi anak dengan mencari setiap kelebihan yang ada pada mereka. Salurkan kelebihan itu dengan cara yang betul, fokus, berusaha yang berterusan dapat mencapai matlmat yang diinginkan.
  4. Mengatasi setiap konflik antara ibu bapa dan anak dengan cara yang betul dan efektif.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

  • Berkomunikasi dengan efektif terhadap anak lelaki
  • Berikan kepercayaan dan keyakinan kepada anak lelaki, tetapi dalam
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri anak lelaki melalui latihan kerja rumah, bertanggungjawab 100 peratus keatas diri sendiri tanpa menyalahkan orang lain.
  • Lebih banyak mendengar daripada banyak berkata-kata ketika mengendalikan masalah anak lelaki. Lebih banyak mendengar lebih mudah ibu dan bapa diterima oleh anak, lebih mudah anak mempercayai keduanya.

Post a Comment

0 Comments