Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah di Kedai Buku DBP Baling

Abam tak kisah ada orang kata, orang muda ni tak minat membaca, tak membaca karya sastera. Apa Abam peduli. Abam percaya ramai rakyat Malaysia yang membaca dan angka tersebut semakin menaik saban tahun.

Baru balik dari kedai Buku DBP disebuah cawangan di Kedah ni ha. Sejak pindah ke sini awal tahun hari tu, ni baru jumpa kedai DBP kat ceruk sini. Kebetulan isteri nampak kedai ni, jadi Abam pun singgah la.


Sambil berbual dengan pemuda yang menjaga kedai ni, dia beritahu jarang orang masuk, itupun nak fotostat je. Semalam ada seorang pak cik datang membeli buku-buku cerpen. (senarai seperti dalam gambar).

Memang tiada pelanggan pun masa Abam masuk dalam tu. Pemuda tu beritahu, kalau Abam nak duduk lama pun boleh. Boleh bawa tikar dengan bantal, hahaha. . Abam tanya dia, ada page atau ada buat promosi kat mana-mana ke? Tiada jawapannya. Patutlah ada orang tu buat statement rakyat Malaysia tidak membaca dan kaitkan dengan DBP.



Sebenarnya ada je pembaca karya-karya sebegini, cuma kena banyak buat pemasaran, rajin-rajin cari pembacanya sahaja. Kalau buka kedai buku macam ni dan tunggu pembaca datang memang tak datang la. Lain la macam Abam ni, semua kedai buku nak diterjahnya.🤣

.

#kembarakedaibuku

#abambuku

Post a Comment

0 Comments