💡Info
Buku Malar Segar (Evergreen)
Assalamualaikum dan Selamat Pagi. .Hari ni Abam kongsi sikit info berkenaan Buku Malar Segar.
Buku Malar Segar ialah buku yang berterusan dibaca zaman berzaman walaupun telah melepasi zamannya.
Buku Malar Segar masih lagi relevan kandungannya pada setiap zaman dan keadaan. Biasanya buku-buku ini masih bertahan dan diterima ramai kerana mesejnya yang masih relevan, perjuangan atau sastera yang ditonjolkan oleh penulis dalam buku tersebut.
Dari segi golongan pembaca buku Malar Segar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan warna kulit.
Contoh buku Malar Segar dari Malaysia ialah :
Novel-novel tulisan sasterawan negara Shahnon Ahmad, Pak Sako (Ishak Hj Ahmad), Abdullah Hussain, dan Za'ba.
Contoh buku Malar Segar dari seberang Indonesia ialah :
Buku-buku tulisan HAMKA.
Jom kita kongsi bersama-sama
Apakah tajuk buku Malar Segar (Evergreen) yang anda pernah baca?
Apakah buku Malar Segar yang menjadi inspirasi dalam hidup anda?😊
#MaansBookClub
#SehariSelembarKertas
#InspirasiBuku
0 Comments