Kehebatan sesebuah buku itu adakalanya terletak kepada pembacanya. Pembaca yang hebat mampu mengolah dan mengeluarkan idea hebat dari sesebuah buku. Cara berfikir dan cara memahami sesuatu idea atau kandungan dalam buku tersebut yang menjadikan pembacanya hebat.
Seseorang penulis buku mampu menulis buku, dan jika buku tersebut jatuh ke tangan pembaca yang hebat, hasil kerja dan cara tindakan pembaca itu akan menjadi jauh lebih hebat dari penulis tersebut.
Jika kita perasan, ada pembaca apabila selesai membaca sesebuah buku, dia akan mengatakan buku tersebut sangat bagus dan mendapat idea, inspirasi, dan motivasi dari buku tersebut. Berlainan pula dengan pembaca lain yang membaca buku yang sama, tetapi bagi pembaca tersebut kandungan buku tersebut biasa-biasa sahaja. Itulah keajaiban buku, ia mengenal 'Tuannya' yang benar-benar layak memilikinya.
Banyak sekali tokoh-tokoh hebat yang dipengaruhi oleh buku yang dibacanya dan dia pula yang mempengaruhi orang lain hasil dari pembacaannya.
Mulai hari ini dan saat ini, marilah kita bersama-sama mencari sebuah buku atau lebih banyak buku yang mampu membuatkan kita menjana lebih banyak idea, dan dari idea tersebut mampu mengubah diri kita, kehidupan kita dan masyarakat.
Lagi hebat pembaca itu, lagi hebat jiwa dan pemikirannya.
Sumber gambar : Google
0 Comments