Ticker

6/recent/ticker-posts

Kisah Si Pencuri Buku Terulung Abad Ke 20




Stepehen Carrie Blumberg seorang bibliofil yang sangat ekstrim telah berjaya mencuri sebanyak 23600 naskhah buku dari 268 buah perpustakaan di 45 buah negeri di Amerika dan dua wilayah Kanada selama hampir dua dekad.

Salah seorang ejen penyiasatan FBI setelah Blumberg ditahan memberitahu, mereka memerlukan 879 kotak dan 17 orang untuk mengangkut keluar buku-buku itu dari kediamannya dan mengambil masa selama dua hari.
.
Blumberg seorang yang sangat bijak dan licik, beliau sanggup melakukan apa sahaja bahkan mampu memperdayakan sistem kecemasan yang paling canggih pun.
..
Buku-buku yang dicuri oleh Blumberg bukan buku sembarangan, kebanyakan buku-buku yang beliau curi adalah buku-buku lama/rare yang tiada lagi dipasaran. Nilai buku-buku yang dicuri beliau dianggarkan sekitar sebanyak AS$20 juta Dolar Amerika. Uniknya, Blumberg mencuri buku bukan untuk dijual tetapi untuk dijadikan sebagai koleksi di Perpustakaan peribadinya.
.
Nicholas Barbanes dalam buku A Gentle Madness : Bibliophiles and the Eternal Passion for Books telah menceritakan bahawa Blumberg terperangkap dan ditangkap bukan kerana beliau tidak cekap atau jahil tetapi kerana telah dikhianati oleh teman rapatnya Kenneth Rhodes yang dikenalinya selama 15 tahun.
..
Akhirnya pada 20 Mac 1990, Blumberg ditahan dirumahnya oleh FBI di Ottumwa sebuah pekan kecil di Amerika ketika beliau sedang menyusun buku yang dicurinya di rak perpustakaan. Sebagai ganjaran FBI telah membayar ganjaran sebanyak AS$56000 kepada Rhodes kerana menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan Blumberg.
..
Sebenarnya Blumberg menghidapi bibliokleptomania iaitu sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kegilaan mencuri buku. Penyakit ini bukan sejenis penyakit fizikal tetapi lebih kepada psikologi semata-mata yang berkait dengan masa lampau. Sejak kecil lagi Blumberg memang suka kepada barang-barang antik dan sering ke rumah-rumah lama untuk mengambil barang-barang yang ditinggalkan termasuk buku-buku. Akhirnya buku jugalah yang telah mempengaruhi beliau. Blumberg sebenarnya tidak sempat melanjutkan pengajian tingginya, kerana ayahnya sering memberikan alasan tidak mampu apatah lagi untuk membeli buku.
..
Blumberg pernah dibawa berjumpa pakar Psikiatri, dan hasilnya beliau adalah anak yang terlalu melihat masa lampau dan tidak mampu menangani masa kininya.
..
Peguambela beliau ingin membuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak waras, tetapi apa yang Blumberg katakan kepada mahkamah sangat mengejutkan. " Jika saya kalah, saya masuk penjara. Jika menang, saya masuk dalam kehinaan dan akan terperangkap di situ selamanya, dan saya dianggap gila serta membahayakan masyarakat. Jadi, sejujurnya, saya lebih senang masuk penjara dan menjalani hukuman. Apa ertinya kemenangan bagi saya? Apa pula ertinya kekalahan?".
..
Akhirnya Hakim Harold Victor menjatuhkan hukuman pejara lima tahun lapan bulan keatasnya setelah para juri menganggap Blumberg waras.
..


Diolah dan dipetik dari buku : Biblioholisme Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya (Shaharom TM Sulaiman)

Post a Comment

0 Comments