Kanak-kanak Dan Pembacaan : Minat Membaca Dan Suasana Sekeliling
Penyelidikan telah membuktikan bahawa satu faktor penting memupuk minat membaca diperingkat awal ialah pengaruh suasana sekeliling di rumah.
Minat membaca mudah dibentuk sekiranya ibubapa sendiri suka membaca, manakala kanak-kanak mudah meniru perbuatan kedua ibubapanya.
Maka proses pemupukan membaca akan menjadi mudah dan cepat. Ibubapa boleh mewujudkan suasana pembacaan di rumah di dalam pelbagai cara, antaranya ialah : .
1. Ibubapa sendiri mestilah seorang pembaca. Dengan kata lain, ibubapa terlebih dahulu mesti menjadikan aktiviti membaca merupakan suatu aktiviti penting di dalam kehidupan atau sebagai suatu budaya yang telah bersemadi disanubari, macam anda yang tengah baca artikel ni sekarang :-)
2. Biarkan anak-anak melihat ibubapanya membaca.
3. Kelilingkan anak-anak dengan pelbagai buku. Ini bertujuan supaya anak-anak dapat bermain dengan buku dan memegangnya.
4. Biarkan anak-anak mempunyai buku-buku yang ia minati, walaupun buku itu adalah komik. Adalah lebih baik sekiranya dapat disediakan ruang khas, rak kecil atau perpustakaan mini untuk menyimpan buku anak-anak.
5. Ajarkan anak-anak supaya menjaga buku dengan baik.
6. Adakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan seperti bercerita, membaca pantun, dan memainkan lagu kanak-kanak. Dalam hal ni, ibubapa sendiri hendaklah melibatkan diri didalam aktiviti ini.
7. Gunakan buku walau dimana saja, misalnya ketika menunggu doktor di klinik, menunggu sebelum berlepas dengan kapal terbang, kereta api atau bas, boleh diberikan buku kepadanya. Ini bertujuan supaya kanak-kanak dapat menghargai masa, dan betapa pentingnya pengaruh buku di dalam kehidupan.
8. Baca bersama anak-anak. Ini merupakan aktiviti yang paling penting dalam menggalakkan pembacaan yang berterusan dikalangan kanak-kanak. . Jadi, kesimpulannya budaya membaca dikalangan anak-anak sangat penting bagi membangunkan generasi yang cintakan membaca dan ilmu. Anak-anak yang banyak pembacaanya lebih matang dari segi pemikiran dan tutur katanya. Mereka lebih banyak meneroka dari pelbagai sudut atau perspektif dalam dunia semasa. .
=============================
SUMBER RUJUKAN : 1. Buku : Pembacaaan Dan Peningkatan Budaya Ilmu (Shaharom TM Sulaiman)(1996)
.
.
#coretanabambuku
#maansbookstore
#abambuku
0 Comments