Ticker

6/recent/ticker-posts

Tips Membaca : Membaca Gaya SAVI



Dengan nama Allah, izinkan abam berkongsi sedikit maklumat berkaitan kaedah atau gaya pembacaan SAVI yang pernah diutarakan oleh Dave Meier dalam bukunya The Accelerated Learning Handbook.

.
Pernahkah atau tidak ketika membaca sesuatu buku atau bahan bacaan kita cepat berasa bosan, mengantuk dan letih?. sehingga kadang-kadang minda kita hilang fokus sehingga menjunam ke laut dalam (paling dahsyat, tidur bersama buku).
.
Itu perkara biasa yang akan dialami terutama bagi pembaca-pembaca baharu yang baru sahaja mendapat motivasi dan semangat untuk membaca.
.
Sebenarnya banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membaca setelah kita mengetahui objektif sesuatu pembacaan. tetapi haruslah diingat, sebelum memulakan apa sahaja buku atau bahan bacaan perkara yang perlu diubah adalah PARADIGMA terhadap buku.
.
SAVI adalah singkatan daripada Somatis, Auditori, Visual, dan Intelektual. Sabar dahulu, jangan pening-pening lagi dengan istilah tu. Ambil tahu dahulu.
.
Somatis
Abam nak tanya, bagaimana kedudukan atau cara anda membaca? adakah dengan duduk dari awal sampai habis halaman buku tersebut? membaca secara somatis, secara ringkasnya bermaksud ketika sedang membaca, janganlah duduk sahaja. Anda boleh berdiri, berjalan (macam Thomas Haerne), atau senang cakap jangan statik dan buat pergerakan tubuh. Contohnya, bila sudah baca 5-7 halaman buku, berhenti sekejap dan gerakkan tubuh.
.
Auditori
Membaca secara auditori bermaksud, ketika membaca sesebuah bahan bacaan terutama buku, cuba suarakan semula tentang apa yang telah dibaca, terutama pada istilah-istilah atau nota-nota penting yang mungkin anda gariskan. Teringat pula abam pada kata pendahuluan Prof Zaini Ujang dalam buku Membaca Motivasi dan Kaedah. Beliau sering bercakap sendirian ketika dijalanan sewaktu berjalan kaki, berlari, sambil mencari istilah paling sesuai untuk dilafazkan dan mengolah kata-kata. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, In Sha Allah telinga anda mudah untuk mendengar dan mencerna maklumat yang telah anda perolehi.
.
Visual
Cara seperti ini mungkin sesuai bagi sesetengah pembaca. Ia memerlukan kemahiran untuk berimaginasi dan membayangkan. Anda boleh gunakan Mind Mapping (boleh baca buku Tony Buzan bertajuk Mind Mapping).
.
Intelektual
Cara membaca seperti ini adalah dengan merenung dan berfikir sejenak setelah membaca beberapa halaman atau bab. Kemudian renungkan sedalamnya, apa manfaat atau kebaikan yang anda telah perolehi setakat halaman atau bab pembacaan anda. Lagi bagus kalau anda renung dan terus catat segala manfaat atau kebaikan tersebut kedalam buku nota anda anda.
.
Jadi anda bagaimana? semoga bermanfaaat untuk anda.
.
Sumber : Buku Kekasih (Shaharom TM Sulaiman)

Post a Comment

0 Comments