4 Penyakit Yang Menimpa Manusia Ketika Bangun Tidur
.
Manusia tidak mengetahui waktu yang tepat mereka tidur. Mereka hanya tahu bila mereka masuk bilik untuk tidur atau saat berbaring diatas katil.
.
Saat bangun tidur jarang antara manusia yang mengucapkan Alhamdulillah. Apabila bangun dari tidur yang pertama sekali difikirkannya adalah hal dunia. Fikirannya disibukkan dengan berfikir tugas apa hari ni yang perlu dilakukan. Dicapainya telefon bimbit untuk melihat mesej-mesej dari whatsapp, melayari media sosial, membaca status-status dan pelbagai urusan dunia yang lain. Tidak sempat mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia iaitu 'menghidupkan' kita kembali.
.
Dalam satu hadis riwayat Imam At-Thabrani, Rasulullah S.A.W. bersabda ;
"Sesiapa bangun pada waktu pagi dan hanya dunia yang difikirkannya, sehingga seolah-olah dia tidak melihat hak Allah SWT dalam dirinya, maka Allah SWT akan menanamkan empat penyakit :
1. Kebingungan yang tiada putus,
2. Kesibukan yang tiada berakhir,
3. Keperluan yang tiada dipenuhi,
4. Khayalan yang tidak berhujung.
.
Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin juga ada yang tidak bersetuju. Tapi, perkara seperti inilah yang seringkali membuat kita bingung, sibuk, berasa keperluan tidak pernah cukup dan berkhayal memikirkan hal-hal keduniaan.
.
Wa Allahu A'lam.
0 Comments