Ticker

6/recent/ticker-posts

Dari Buku Ke Filem - Filem Yang Diadaptasi Dari Buku

 


Buku terbaharu hasil tulisan seorang bukuwan yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Prof Shaharom TM Sulaiman. Kali ini buku beliau berkisar tentang buku yang difilemkan dilayar skrin. Menelusuri Keakraban Buku, Sastera dan Filem adalah karya terbaharu beliau. 
.
Buku ini mengupas berkenaan hubungan akrab antara buku, sastera dan filem. Banyak filem atau drama yang kini telah diadaptasi daripada buku. Filem-filem yang dihasilkan daripada buku yang mempunyai elemen sastera juga banyak diterbitkan. Ada diantara filem-filem tersebut diterbitkan daripada pelbagai jenis genre daripada buku. Antaranya siri penyiasatan Sherlock Holmes, filem bertemakan percintaan, filem bertemakan pendidikan seperti Laskar Pelangi, filem berbentuk motivasi seperti Start Where You Are dan lain-lain lagi.
.
Kekuatan puisi diserlahkan lagi dalam salah satu filem terkenal iaitu Ada Apa Dengan Cinta lakonan Nicholas Saputra (Rangga) Dian Sastrowardoyo (Cinta). Buku Aku yang memuatkan puisi-puisi Chairil yang sering dipegang oleh Rangga dalam filem tersebut.
.






Post a Comment

0 Comments