Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Bersedih, Jadikan Buku Sebagai Teman

    Janganlah bersedih. Kita adalah sebaik-baik penciptaan yang Allah ciptakan. Allah beri kita pilihan dalam hidup kita. Manusia lah satu-satunya makhluk yang Allah berikan pilihan berbanding makhluk lain. Dia juga memberikan peluang kepada kita untuk memperbaiki diri.
.
    Dipermulaan wahyu yang diturunkan, Allah memperkenalkan diri-Nya dengan sifat-Nya yang Maha Lemah Lembut dan berkasih sayang terhadap makhluknya. Jika kita memiliki pemikiran yang buruk tentang diri kita sendiri, segera hentikan. Beristighfar memohon keampunan kepada Allah SWT dan ubah fikiran-fikiran yang buruk itu dengan perkara-perkara yang baik. Selalu lah ucapkan perkataan "Saya sayang diri saya". Kita tak dapat nak ubah apa yang orang kata terhadap diri kita. Tapi kita boleh ubah diri kita menjadi makhluk yang lebih baik.
.
    Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi kita. Dia menguji kita kerana sayangkan dan rindukan rintihan kita. Mengadulah kepada-Nya. Jadikan Al-Quran dan buku-buku yang memberikan kita semangat sebagai salah satu biblioterapi dalam diri kita. Bangun dan bangkit, usahakan apa yang ada ditangan kita. Lihatlah kedua tapak tangan kita, nasib kita disitu, tapak tangan yang berdoa, dan tapak tangan yang bangkit berusaha. Jangan cepat putus asa. Ada rahmat dan pertolongan-Nya yang menanti kita. Diwaktu begini kita dapat kenal siapa kawan dan siapa kenalan kita yang terbaik berada disisi.
.

Maaf andai ada salah dan silap terlanjur kata. Selamat menyambut Aidiladha.



Post a Comment

0 Comments