Kebanyakkan marketplace yang ada adalah tidak berfokus kepada sesuatu produk tertentu. Ianya seperti Mall yang mempunyai banyak kedai dan ramai penjual dalam sesebuah Mall atau Pusat Beli Belah. Penjual menjual pelbagai produk mereka seperti barangan kanak-kanak, barangan kosmetik, buku dan peralatan menulis, pakaian, peralatan kelengkapan rumah, aksesori, dan pelbagai lagi dalam Marketplace tersebut.
Berbeza dengan BukuMall.com, ianya merupakan sebuah Marketplace pertama di Malaysia yang hanya berfokus kepada niche buku dan hasil seni pengkarya. Antara barangan yang boleh dijual di dalam BukuMall adalah seperti buku baharu, buku terpakai, buku langka/nadir, foto lama/antik, lukisan, manuskrip lama, ebook, album lama, dan peralatan menulis.
BukuMall.com dibangunkan bertujuan untuk membantu penjual-penjual swadaya/indie, pengkarya dalam bidang perbukuan dan hasil seni. Ianya dibangunkan sejak tahun lepas iaitu 2021 ketika Covid-19 melanda negara dan PKP dilaksanakan. Inisiatif di ambil oleh seorang anak tempatan yang meminati bidang perbukuan untuk melihat platform sebegini dibangunkan untuk menghimpunkan seluruh penjual swadaya dibawah satu bumbung. Jika di luar negara adanya Marketplace sebegini seperti abebooks.com dan biblio.com tetapi di Malaysia peminat-peminat buku mempunyai BukuMall.com untuk menjual dan mencari buku.
Selain itu, tujuan BukuMall ini dibangunkan adalah untuk mengatasi masalah penipuan (scammer) yang dilakukan oleh penjual yang tidak bertanggungjawab dalam platform media sosial. Ada di kalangan pembeli yang telah ditipu oleh scammer kerana tiada pembayaran selamat. Di BukuMall.com jika pembeli membeli buku sebagai contoh, pembayaran tersebut tidak akan terus kepada penjual, penjual perlu menghantar terlebih dahulu pesanan pelanggan, apabila pelanggan menerima buku tersebut dengan selamat barulah penjual boleh mengeluarkan wang jualan mereka.
BukuMall.com juga berusaha membanteras masalah 'joy buyer' yang kerap berlaku dalam media sosial apabila sesuatu barangan tersebut di iklankan oleh penjual. Pembeli yang berminat tidak perlu 'lock' item tersebut, ianya boleh ditambahkan ke'wishlist' atau terus membelinya dengan menambah ke dalam troli pembelian.
BukuMall.com kini mengorak selangkah lagi dengan membangunkan dan memperkenalkan aplikasi terbarunya melalui Google Playstore yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar (smartphone) anda. [Muat Turun Aplikasi BukuMall Disini]
Jika anda mempunyai Sebarang pertanyaan berkaitan BukuMall, anda boleh terus hubungi Customer Service BukuMall +60184042906 atau Sertai Telegram BukuMall ( https://t.me/BukuMall )
0 Comments